Rabu, 07 Juli 2010
polemik esq ary ginanjar di malaysia
FREE DOWNLOAD SOFTWEAR FOR PC, LAPTOP, HANDPHONE, ANTI VIRUS, ETC
Emotional and Spiritual Quotient
(ESQ) milik Ary Ginanjar
Agustian sangat terkenal di
Indonesia tapi menjadi masalah dimalaysia. Namun Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan Malaysia
menilai ESQ Ary melenceng dari
ajaran-ajaran agama Islam.
Menurut Wikipedia, Wilayah
Persekutuan meliputi Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Inilah fatwa lengkap soal ESQ
Ary yang dikutip dari situs
www.muftiwp.gov.my:
'Fatwa Berkenaan dengan
Kursus ESQ Leadership Training
dan Fahaman yang Seumpama
Dengannya'
(a) ajaran, pegangan dan
fahaman yang dibawa oleh ESQ
Leadership Training anjuran Ary
Ginanjar Agustian dan apa-apa
ajaran yang seumpama
dengannya adalah menyeleweng
daripada ajaran Islam kerana
mengandungi ajaran-ajaran
yang boleh merosakkan akidah
dan syariah Islam. Ciri-ciri
penyelewengan tersebut adalah
seperti yang berikut:
i. mendukung fahaman
liberalisme iaitu memahami atau
mentafsir nas-nas agama (Al-
Quran dan As-Sunnah) secara
bebas, dan fahaman pluralisme-
agama iaitu fahaman yang
mengajarkan semua agama
adalah sama dan benar. Kedua-
dua fahaman ini adalah sesat
dan boleh membawa kepada
kekufuran.
ii. mendakwa bahawa para Nabi
mencapai kebenaran melalui
pengalaman dan pencarian. Ini
bercanggah dengan akidah
Islam tentang Nabi dan Rasul.
Menurut akidah ahli Sunnah Wal
Jamaah, kenabian dan
kerasulan adalah pilihan Allah
s.w.t semata-mata (al-
Isthifaiyyah), dan bukan
sesuatu yang boleh diusahakan
(al-Kasbiyyah).
iii. mencampuradukkan ajaran
kerohanian bukan Islam dengan
ajaran Islam, 'SQ' adalah hasil
penemuan seorang Yahudi,
Danah Zohar, manakala 'God
Spot' adalah hasil kajian
seorang Hindu VS
Ramachandran. Kedua-dua
penemuan ini disahkan dengan
ayat Al-Quran (Al-Hajj, ayat
46).
iv. menekanan konsep 'suara
hati' atau 'conscience' sebagai
sumber rujukan utama dalam
menentukan baik dan buruk
sesuatu perbuatan. Konsep
suara hati adalah ajaran paling
suci dalam agama Kristiani. The
Oxford Dictionary of World
Religion menyebut 'In the main
forms og Christianity,
conscience is the absolutely
inviolable and sacrosanct
center of the person as human
as responsible for her or his
decisions;. Konsep suara hati
juga merupakan ajaran Hindu
seperti yang dijelaskan oleh
Swami Vivekandanda. Menurut
Imam Abu al-Abbas, pendapat
demikian adalah zindik dan
kufur.
v. menjadikan logik sebagai
sumber rujukan utama. Ini
bertentangan dengan akidah
Islam yang menetapkan bahawa
Al-Quran dan As-Sunnah
sebagai sumber rujukan utama.
vi. mengingkari mukjizat dan
menganggapnya tidak dapat
diterima oleh akal dan tidak
sesuai dengan zaman sekarang
yang serba logik. Mengingkari
mukjizat adalah kufur dengan
ijmak ulamak kerana ia
bermakna mengingkari nas-nas
Al-Quran dan Hadis Mutawatir
yang mensabitkan mukjizat
bagi para Nabi a.s .
vii. menggunakan Kod 19
rekaan Rasyad Khalifah untuk
mentafsir Al-Quran. Rasyad
Khalifah mengaku dirinya
sebagai rasul dan membawa
agama baru yang dinamakan
'submission'. Teori Kod 19
dianggap lebih tinggi daripada
Al-Quran kerana mengikut teori
ini, ayat-ayat Al-Quran perlu
dibuang atau ditambah bagi
menyesuaikan dengan Kod 19.
viii. menyamakan bacaan Al-
Fatihah sebanyak 17 kali sehari
oleh orang Islam dengan amalan
Bushido oleh orang jepun yang
berteraskan ajaran Buddha.
ix. mendakwa bahawa kekuatan
luar biasa seperti mukjizat
boleh berlaku melalui rumus
Zero Mind Process (ZMP).
Dengan rumusan ZMP ini, ESQ
mengiaskan bahawa mukjizat
Nabi Musa a.s diselamatkan
daripada Fir'aun boleh juga
berlaku kepada orang lain
seperti yang berlaku kepada
juru terbang Kapten Abdul
Razak. Kefahaman mukjizat
seperti ini, merupakan ajaran
agama Hindu seperti yang
diterangkan oleh Swami
Vivekananda.
x. mentafsirkan makna kalimah
syahadah dengan 'triple one'.
Ini adalah tafsiran bidaah dan
sesat. Dalam konteks akidah,
'triple one' digunakan oleh
Kristian untuk menghuraikan
konsep trinity. Buku
'Christianity For Dummies',
ketika menghuraikan konsep ini
menyatakan 'The Trinity: How
1+1+1 Equals 1. Christianity
says that God is Trinity - one
God expressed in three beings.
The term trinity meands:
three-oneness.
(b) mana-mana orang
hendaklah menjauhi ajaran,
pegangan dan fahaman
sebagaimana yang dinyatakan
dalam perenggan.
Bertarikh 10 Jun 2010 dan
ditandatangani oleh Mufti
wilayah persekutuan Malaysia,
Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan
Teh tanggal 10 Juni 2010.
" perkuat tali silaturahmi sesama muslim, tingkatkan kepedulian, kebersamaan sesama muslim dan tebarkan cinta kasih dengan islam "
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar
Tinggalkan Komentar Anda Disini